Thursday, 17 May 2012

MELECET...!!! macam mana ianya terjadi...????

Melecet atau blister sering dialami oleh atlet atau pengamal sukan.

BAGAIMANA IANYA BOLEH BERLAKU..???
Melecet terjadi akibat daripada kekerapan berlaku geseran diantara pemakaian sukan seperti stokin dan kasut dengan lapisan epidemis kulit. 


Kesan daripada ini, bahagian yang mengalami melecet ini akan menghasilkan gelembung yang berisi cecair macam gambar nie --->


ianya berlaku berterusan, ianya akan mengakibatkan gelembung yang terbentuk itu pecah dan menjadi luka macam gambar sebelah kiri nie...







Antara faktor utama penyebab berlakunya melecet adalah kerana pemakaian kelengkapan bersukan seperti kasut dan stokin yang tidak sesuai, terlalu ketat, kasut yang terlalu longgar (menyebabkan geseran). Bagi mereka yang terlibat dalam latihan atau terlibat dalam pertandingan untuk jangka masa panjang, keadaan cuaca panas boleh menyebabkan peluh yang banyak dibahagian kaki dan mengakibatkan kasut atau stokin berada dalam keadaan lembab atau basah dan hal ini boleh mewujudkan geseran secara tidak langsung.


Langkah- Langkah Pencegahan:-

1. Memilih kasut yang bersesuaian dan selesa dan tidak ketat.
2. menggunakan tape pembalut di kawasan yang lazim berlakunya melecet.
3. Elakkan memakai stokin yang nipis.

Rawatan Awal

1. Alat bantuan seperti pembalut boleh digunakan dibahagian kaki yang melecet sebelum gelembung pecah.

2. Sekiranya gelembung telah pecah, luka dikawasan tersebut perlu dibersihkan terlebih dahulu dengan menggunakan air bersih, sabun dan cecair antiseptik (bagi mengelak jangkitan kuman).

3. Jika gelembung terlalu besar dan berkemungkinan akan pecah, anda disarankan untuk memecahkan gelembung tersebut dengan menggunakan jarum yang paling kecil. Tekan perlahan-lahan kawasan gelembung sehingga cecair keluar/lering kemudian bersihkan sama seperti saranan diatas.

4. Balut menggunakan bandage supaya luka melecet tidak terdedah dan dijangkiti kuman.















Wednesday, 16 May 2012


Tips/panduan memilih kasut sukan... penting untuk mengelak berlakunya kecederaan..!!!!

TERDAPAT BEBERAPA JENIS KASUT SUKAN YANG MENARIK YANG TERDIRI DARIPADA PELBAGAI CORAK, WARNA & BENTUK DIPASARAN PADA HARI INI. NAMUN KEPADA MEREKA YANG BERHASRAT UNTUK MEMBELI KASUT SUKAN ,  HARAP ANDA TIDAK TERPENRAGUH DENGAN REKA BENTUK KASUT SEMATA-MATA. SEBALIKNYA YANG PERLU ANDA LAKUKAN IALAH MEMILIH KASUT SUKAN MENGIKUT JENIS SUKAN DAN KESELESAAN. TERDAPAT BEBERAPA TIPS/PANDUAN UNTUK MEMILIH KASUT SUKAN. ANTARANYA IALAH :-

Tips memilih kasut sukan 

  •  Gunakan kasut yang sesuai dengan aktiviti yang dilakukan
  • Ukur kaki sebelum membeli kasut kerana lebar kaki mungkin meningkat seiring  dengan usia
  • Beli kasut pada waktu petang kerana kaki akan mengembang setelah berjalan seharian
  • Cuba kedua-dua belah kasut, pakai dan ikat talinya sepadat yang boleh dan berjalan sekeliling kedai kasut untuk menguji keselesaan kasut
  • Pastikan ada ruang untuk ibu jari dan jari-jari kaki anda bergerak
  • Harus ada ruang seluas satu setengah ibu jari tangan, antara ibu jari kaki dengan bahagian dalam hujung kasut.
  • Pegang kasut di bahagian tapak kaki dan cuba lipatkan, kasut yang baik dan sesuai untuk berjoging atau berjalan mesti boleh dilenturkan.
  • Pilih kasut yang lembut pada bahagian atas, dibuat dari bahan yang mudah lentur agar sesuai dengan bentuk kaki. Kulit lembut adalah pilihan terbaik kerana ia tidak menyakitkan kaki
  • Pastikan buku lali kaki tidak tenggelam/ termasuk di dalam kasut.
  • Pilih tapak kasut yang tebal dan lembut dari buatan yang baik. Ia dapat mengurangkan tekanan semasa berjalan, terutama di atas permukaan yang keras.
  • Kasut sukan yang kerap digunakan harus diganti setiap 18bulanIni disebabkan kasut yang lusuh boleh menyebabkan kesakitan otot betis dan tekanan pada kaki. Untuk mengetahui bila untuk menggantikannya, letakkannya di atas meja dan berdiri dibelakangnya. Jika ia senget ke dalam atau keluar, tibalah masanya untuk mendapatkan sepasang kasut baru.
  • Pakai sarung kaki atau stokin yang lembut dan gantikan setiap kali bersenam. Stokin yang basah atau lembab boleh mendatangkan masalah kulit pada kaki seperti makan air atau athlete’s foot. Guna stoking yang diperbuat daripada campuran kapas dan polyesteratau acrylic yang dapat memastikan kaki sentiasa kering dan terlindung dari peluh

* AWAS..!!! Jika tersalah memilih kasut sukan ianya boleh mengakibatkan kecederaan kepada si pemakai.Hmmm... Nak tahu apa kecederaan yang akan dialami ekoran tersalah memilih kasut sukan ini..??? tggu yer..post seterusnya... =>

Monday, 14 May 2012

KECEDERAAN BAHU
(Rotator cuff)

Antara penyebab koyak rotator cuff ialah :

Faktor intrinsik:
1.    kurang bekalan darah pada tendon supraspinatus
2.    umur meningkat

Faktor extrinsik:
1.    spur tulang di bahagian acromion

Tanda-tanda:
·         Sakit apabila mengangkat barang (abduction)
·         Sakit semasa beraktiviti semasa external rotation (swimming, throwing)
·         Sakit semasa internal rotation (swimmer)
·         Sakit semasa reaching up , atau overhead activities
·         Kekuatan terjejas

Pemulihan :
·         Menggunakan kaedah R.I.C.E :
R- Rest means ceasing movement of the affected area.
I- Icing uses ice to reduce inflammation.
C- Compression limits the swelling.
E- Elevation involves placing the area higher to reduce inflammation and swelling.


* gambar rajah diatas menunjukkan gambaran mengenai kecederaan rotator cuff 

Thursday, 3 May 2012


DISLOKASI DALAM SUKAN RAGBI



Kecederaan sukan iaitu dislokasi merupakan satu keadaan dimana sesuatu tulang yang membentuk hujung sendi tercabut ataupun terkeluar dari tempat lekatannya. Hal ini akan menyebabkan tisu-tisu lembut pada anggota tubuh badan akan mengalami kecederaan ataupun koyakan dan mengakibatkan kecacatan bentuk pada sesuatu sendi. Kecederaan ini juga biasanya berlaku pada bahagian sendi bahu, pinggul dan lutut dalam sukan ragbi.

Punca utama kecederaan dislokasi ini sering berlaku dalam sukan ragbi ialah perlanggaran antara atlet yang bertanding dalam sesebuah perlawanan. Sebagai contoh, dalam perlanggaran antara pemain yang menyebabkan berlakunya dislokasi pada bahagian bahu, simtom-simtom yang akan dialami oleh pemain yang mengalami kecederaan pada bahagian ini ialah pemain akan merasa sakit apabila melakukan pergerakan aktif,bahu akan kelihatan mendatar ,sendi pada bahagian bahu akan kelihatan lebam dan bahagian yang tercedera akan menjadi lembik.

Antara kaedah rawatan asas yang boleh dilakukan untuk merawat pemain yang mengalami kecederaan dislokasi ini ialah pemain hendaklah diberikan rawatan renjatan dan juga pemain adalah sama sekali dilarang untuk melakukan banyak pergerakan khususnya pada bahagian yang mengalami kecederaan. Rawatan seterusnya ialah memasukkan sendi yang terkeluar ke tempat asal. Selepas itu, ampu bahagian yang tercedera dengan menggunakan kain aduh.  Akhir sekali, pemain yang tercedera perlu dihantar ke hospital dengan segera untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya. 

Thursday, 26 April 2012

Sprain @ Strain - ada beza ker..???? hmmm...


Apabila sedang bersukan atau melakukan aktiviti rekreasi, kita sering lupa mengenai keselamatan sebelum, semasa dan selepas bersukan. Akibat dari pada sifat perlupa kita nie hehehe :) , maka muncul lah kesan yang akan mendatangkan kesakitan pada anggota tubuh badan. Lazimnya kesakitan yang dialami ialah sakit pada bahagaian otot. contohnya apabila seseorang itu terjatuh semasa berlari dan mengalami kesakitan disekitar buku lali kaki, mereka akan kata itu terseliuh (sprain). sebenarnya belum tentu, ia mungkin juga kekejangan (strain). Jadi apalah bezanya sprain dan strain..????? jom teruslah baca untuk mengetahuinya kan.... ^^
Sprain merupakan kecederaan pada ligamen. Ligamen adalah tisu yang menghubungkan tulang ke tulang. Strain mungkin terjadi disebabkan jatuh, perlanggaran badan dan sebagainya. Sprain dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat ketiga, ligamen putus sepenuhnya. Apa tanda-tandanya? Sakit, lebam, keradangan, bengkak, ketidakupayaan menggerakkan anggota badan, sendi yang longgar, laxity (kelenturan sendi berlebihan), ketidakstabilan. Antara kecederaan ligamen yang biasa didengari seperti anterior cruciate ligament (ACL) di lutut. Untuk pengetahuan anda, banyak kes ACL bukan disebabkan bersukan atau senaman sahaja, tetapi kes seperti, apabila seseorang ini dipanggil daripada belakang, secara spontan dia memusingkan badan dan kepalanya untuk menyahut. Dalam masa yang sama dia terlupa bahawa kakinya masih melekat di tempat yang sama dan menyebabkan kecederaan pada ligamen lututnya.

                 
gambar : kaki terseliuh                                gambar : kekejangan otot

Strain merupakan kecederaan pada otot atau tendon. Tendon adalah tisu yang menghubungkan tulang dengan otot. Tanda-tanda yang biasa seperti kesakitan, kekejangan otot, kehilangan kekuatan. Agak sukar membezakan strain biasa dan yang teruk kerana kesakitannya hampir sama. Strain biasa berlaku apabila bersenam dimana seseorang mungkin menggunakan beban yang tidak sepatutnya, berlatih dalam keadaan tidak cukup rehat, menggunakan teknik yang salah dan sebagainya. Kebanyakan yang saya lihat, membiarkan sakit berlalu tanpa sebarang tindakan membetulkannya. Apabila rasa sakit hilang, meneruskan kembali latihan. Kecederaan yang berlaku mungkin menyebabkan kecederaan lain. InsyaAllah saya akan cuba olah isu ini lebih lanjut di masa hadapan.

Sunday, 22 April 2012

Kecederaan Lutut... aduh.!!!

Antara gejala yang terjadi akibat daripada kecederaan di lutut termasuk rasa kurang selesa ketika melakukan pergerakan tertentu, seperti ketika memusingkan badan sambil berjalan, mencangkung, bersila dan sebagainya. Rasa tak selesa ini kadang-kadang lebih menyerupai rasa sakit yang amat sangat (lain orang, lain impaknya). Hal ini kemungkinan besar diakibatkan oleh rawan meniscus yang koyak samada dibelah kiri ataupun belah kanan lutut tersebut (setiap lutut mempunyai 2 meniscus). Pergerakan yang dilakukan secara spontan atau mengejut, akan menyebabkan kawasan meniscus yang koyak itu terhimpit dan ini akan menyebabkan rasa sakit itu. Kadang-kadang, kawasan yang koyak itu agak besar dan 'terapung' didalam lutut. Akibatnya, ia kadangkala terperangkap diantara tulang-tulang lutut dan ini akan mengakibatkan seseorang itu tak dapat luruskan kakinya.

 


Satu lagi gejala kecederaan sukan di lutut adalah rasa ketidakstabilan. Lutut itu terasa longgar dan jika teruk, kelonggaran itu dapat dilihat. Ini adalah diakibatkan oleh kecederaan pada ligamen yang ada pada lutut. Setiap lutut mempunyai 4 ligamen berasingan yang sama-sama menyumbang kepada kestabilannya: 2 didalam dan 2 diluar lutut. Kecederaan pada mana-mana ligament ini boleh membuatkan lutut kita terasa longgar dan menyebabkan pergerakan menjadi terbatas.

Bagi dua perkara pertama diatas, rawatan selalunya melibatkan pembedahan disebabkan ciri fizikal meniscus dan ligamen yang tidak menggalakkan penyembuhan spontan. Bagi kecederaan ketiga pula, sekiranya tak berapa teruk, sesetengah pakar mengesyorkan ubat glucosamine yang berfungsi untuk meransang penumbuhan semula rawan yang cedera. Selain daripada glucosamine terdapat satu lagi unsur yang  disyorkan iaitu chondroitin. Ini kerana kedua-dua bahan ini merupakan unsur utama rawan dan mereka bertindak saling tolong-menolong. Banyak jenama sekarang ni terdapat dipasaran. 
 

Satu lagi rawatan yang penting adalah fisioterapi. Ia berfungsi untuk menguatkan otot sekeliling lutut disamping mengurang radang didalam lutut dan membantu memulihkan pergerakan. 
Fisioterapi, yang dijalankan oleh ahli fisioterapi, membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya. Dengan tumpuan utama kepada pergerakan terkawal dan seimbang, peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerak yang lebih baik, fisioterapi menyediakan batu asas fizikal yang diperlukan di mana fungsi dan kemandirian lain boleh dibentuk.


Sumber: 
http://boneandjoints.multiply.com/journal/item/5?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem

Tuesday, 10 April 2012

Apakah Kecederaan dalam Sukan???

Dalam setiap aktiviti sukan pasti akan berlaku kecederaan. Dalam konteks sukan, kecederaan sukan atau sport injury yang dimaksudkan ialah satu keadaan luka atau kecederaan yang berlaku ke atas otot,tendon, tulang ligemen serta lain-lain tisu yang diperoleh melalui penglibatan aktiviti sukan. Apabila berlakunya kecederaan sukan, ha ini pasti akan memberi kesan terhadap prestasi atlet. Oleh demikian, rawatan-rawatan bantu mula perlu dilakukan sekiranya ingin merawat atau meminimakan kesan kecederaan tersebut. Blog ini akan memberi informasi kepada pembaca tentang jenis, punca dan kesan kecederaan terhadap pengamal sukan secara umumnya serta cara rawatan bantu mula yang bersesuain mengikut kecederaan. Blog ini ditujukan kepada semua pengamal sukan atau sesiapa sahaja yang ingin mengetahui tentang perkara ini. Selain itu, blog ini akan dikemaskinikan setiap dua minggu agar pembaca terus mengikuti perkembangan blog ini. Selamat membaca.. !!!

Contoh-contoh jenis kecederaan :