Tips/panduan memilih kasut sukan... penting untuk mengelak berlakunya kecederaan..!!!!
TERDAPAT BEBERAPA JENIS KASUT SUKAN YANG MENARIK YANG TERDIRI DARIPADA PELBAGAI CORAK, WARNA & BENTUK DIPASARAN PADA HARI INI. NAMUN KEPADA MEREKA YANG BERHASRAT UNTUK MEMBELI KASUT SUKAN , HARAP ANDA TIDAK TERPENRAGUH DENGAN REKA BENTUK KASUT SEMATA-MATA. SEBALIKNYA YANG PERLU ANDA LAKUKAN IALAH MEMILIH KASUT SUKAN MENGIKUT JENIS SUKAN DAN KESELESAAN. TERDAPAT BEBERAPA TIPS/PANDUAN UNTUK MEMILIH KASUT SUKAN. ANTARANYA IALAH :-
Tips memilih kasut sukan
- Gunakan
kasut yang sesuai dengan aktiviti yang dilakukan
- Ukur
kaki sebelum membeli kasut kerana lebar kaki mungkin meningkat seiring dengan usia
- Beli
kasut pada waktu petang kerana kaki akan mengembang setelah berjalan
seharian
- Cuba
kedua-dua belah kasut, pakai dan ikat talinya sepadat yang boleh dan
berjalan sekeliling kedai kasut untuk menguji keselesaan kasut
- Pastikan
ada ruang untuk ibu jari dan jari-jari kaki anda bergerak
- Harus
ada ruang seluas satu setengah ibu jari tangan, antara ibu jari kaki
dengan bahagian dalam hujung kasut.
- Pegang
kasut di bahagian tapak kaki dan cuba lipatkan, kasut yang baik dan sesuai
untuk berjoging atau berjalan mesti boleh dilenturkan.
- Pilih
kasut yang lembut pada bahagian atas, dibuat dari bahan yang mudah lentur
agar sesuai dengan bentuk kaki. Kulit lembut adalah pilihan terbaik kerana
ia tidak menyakitkan kaki
- Pastikan
buku lali kaki tidak tenggelam/ termasuk di dalam kasut.
- Pilih tapak kasut yang tebal dan lembut dari buatan yang baik. Ia dapat mengurangkan tekanan semasa berjalan, terutama di atas permukaan yang keras.
- Kasut
sukan yang kerap digunakan harus diganti setiap 18bulan. Ini
disebabkan kasut yang lusuh boleh menyebabkan kesakitan otot betis dan
tekanan pada kaki. Untuk mengetahui bila untuk menggantikannya,
letakkannya di atas meja dan berdiri dibelakangnya. Jika ia senget ke
dalam atau keluar, tibalah masanya untuk mendapatkan sepasang kasut baru.
- Pakai
sarung kaki atau stokin yang lembut dan gantikan setiap kali bersenam.
Stokin yang basah atau lembab boleh mendatangkan masalah kulit pada kaki
seperti makan air atau athlete’s foot. Guna stoking yang
diperbuat daripada campuran kapas dan polyesteratau acrylic yang
dapat memastikan kaki sentiasa kering dan terlindung dari peluh
* AWAS..!!! Jika tersalah memilih kasut sukan ianya boleh mengakibatkan kecederaan kepada si pemakai.Hmmm... Nak tahu apa kecederaan yang akan dialami ekoran tersalah memilih kasut sukan ini..??? tggu yer..post seterusnya... =>
tq for inform, sangat bermanafaat
ReplyDeleteTerbaiklah info ni..
ReplyDeleteTerbaiklah info ni..
ReplyDelete