Apabila sedang bersukan atau melakukan aktiviti rekreasi, kita sering lupa mengenai keselamatan sebelum, semasa dan selepas bersukan. Akibat dari pada sifat perlupa kita nie hehehe :) , maka muncul lah kesan yang akan mendatangkan kesakitan pada anggota tubuh badan. Lazimnya kesakitan yang dialami ialah sakit pada bahagaian otot. contohnya apabila seseorang itu terjatuh semasa berlari dan mengalami kesakitan disekitar buku lali kaki, mereka akan kata itu terseliuh (sprain). sebenarnya belum tentu, ia mungkin juga kekejangan (strain). Jadi apalah bezanya sprain dan strain..????? jom teruslah baca untuk mengetahuinya kan.... ^^
Sprain merupakan kecederaan pada ligamen. Ligamen adalah tisu yang menghubungkan tulang ke tulang. Strain mungkin terjadi disebabkan jatuh, perlanggaran badan dan sebagainya. Sprain dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat ketiga, ligamen putus sepenuhnya. Apa tanda-tandanya? Sakit, lebam, keradangan, bengkak, ketidakupayaan menggerakkan anggota badan, sendi yang longgar, laxity (kelenturan sendi berlebihan), ketidakstabilan. Antara kecederaan ligamen yang biasa didengari seperti anterior cruciate ligament (ACL) di lutut. Untuk pengetahuan anda, banyak kes ACL bukan disebabkan bersukan atau senaman sahaja, tetapi kes seperti, apabila seseorang ini dipanggil daripada belakang, secara spontan dia memusingkan badan dan kepalanya untuk menyahut. Dalam masa yang sama dia terlupa bahawa kakinya masih melekat di tempat yang sama dan menyebabkan kecederaan pada ligamen lututnya.
gambar : kaki terseliuh gambar : kekejangan otot
Strain merupakan kecederaan pada otot atau tendon. Tendon adalah tisu yang menghubungkan tulang dengan otot. Tanda-tanda yang biasa seperti kesakitan, kekejangan otot, kehilangan kekuatan. Agak sukar membezakan strain biasa dan yang teruk kerana kesakitannya hampir sama. Strain biasa berlaku apabila bersenam dimana seseorang mungkin menggunakan beban yang tidak sepatutnya, berlatih dalam keadaan tidak cukup rehat, menggunakan teknik yang salah dan sebagainya. Kebanyakan yang saya lihat, membiarkan sakit berlalu tanpa sebarang tindakan membetulkannya. Apabila rasa sakit hilang, meneruskan kembali latihan. Kecederaan yang berlaku mungkin menyebabkan kecederaan lain. InsyaAllah saya akan cuba olah isu ini lebih lanjut di masa hadapan.
sungguh benar
ReplyDeletewhat do you mean by "sungguh benar"..???
ReplyDeleteTerseliuh...kemudian doc ckp tisu koyak kat buku lali..so ubt bgi tisu koyak ape die?kne byk lkukan pergerakan pada kaki atau rehat sampai lebam smua susut..sebb kaki nak stand pon xbleh...sakit
ReplyDelete