Thursday 3 May 2012


DISLOKASI DALAM SUKAN RAGBI



Kecederaan sukan iaitu dislokasi merupakan satu keadaan dimana sesuatu tulang yang membentuk hujung sendi tercabut ataupun terkeluar dari tempat lekatannya. Hal ini akan menyebabkan tisu-tisu lembut pada anggota tubuh badan akan mengalami kecederaan ataupun koyakan dan mengakibatkan kecacatan bentuk pada sesuatu sendi. Kecederaan ini juga biasanya berlaku pada bahagian sendi bahu, pinggul dan lutut dalam sukan ragbi.

Punca utama kecederaan dislokasi ini sering berlaku dalam sukan ragbi ialah perlanggaran antara atlet yang bertanding dalam sesebuah perlawanan. Sebagai contoh, dalam perlanggaran antara pemain yang menyebabkan berlakunya dislokasi pada bahagian bahu, simtom-simtom yang akan dialami oleh pemain yang mengalami kecederaan pada bahagian ini ialah pemain akan merasa sakit apabila melakukan pergerakan aktif,bahu akan kelihatan mendatar ,sendi pada bahagian bahu akan kelihatan lebam dan bahagian yang tercedera akan menjadi lembik.

Antara kaedah rawatan asas yang boleh dilakukan untuk merawat pemain yang mengalami kecederaan dislokasi ini ialah pemain hendaklah diberikan rawatan renjatan dan juga pemain adalah sama sekali dilarang untuk melakukan banyak pergerakan khususnya pada bahagian yang mengalami kecederaan. Rawatan seterusnya ialah memasukkan sendi yang terkeluar ke tempat asal. Selepas itu, ampu bahagian yang tercedera dengan menggunakan kain aduh.  Akhir sekali, pemain yang tercedera perlu dihantar ke hospital dengan segera untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya. 

No comments:

Post a Comment