Thursday 26 April 2012

Sprain @ Strain - ada beza ker..???? hmmm...


Apabila sedang bersukan atau melakukan aktiviti rekreasi, kita sering lupa mengenai keselamatan sebelum, semasa dan selepas bersukan. Akibat dari pada sifat perlupa kita nie hehehe :) , maka muncul lah kesan yang akan mendatangkan kesakitan pada anggota tubuh badan. Lazimnya kesakitan yang dialami ialah sakit pada bahagaian otot. contohnya apabila seseorang itu terjatuh semasa berlari dan mengalami kesakitan disekitar buku lali kaki, mereka akan kata itu terseliuh (sprain). sebenarnya belum tentu, ia mungkin juga kekejangan (strain). Jadi apalah bezanya sprain dan strain..????? jom teruslah baca untuk mengetahuinya kan.... ^^
Sprain merupakan kecederaan pada ligamen. Ligamen adalah tisu yang menghubungkan tulang ke tulang. Strain mungkin terjadi disebabkan jatuh, perlanggaran badan dan sebagainya. Sprain dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat ketiga, ligamen putus sepenuhnya. Apa tanda-tandanya? Sakit, lebam, keradangan, bengkak, ketidakupayaan menggerakkan anggota badan, sendi yang longgar, laxity (kelenturan sendi berlebihan), ketidakstabilan. Antara kecederaan ligamen yang biasa didengari seperti anterior cruciate ligament (ACL) di lutut. Untuk pengetahuan anda, banyak kes ACL bukan disebabkan bersukan atau senaman sahaja, tetapi kes seperti, apabila seseorang ini dipanggil daripada belakang, secara spontan dia memusingkan badan dan kepalanya untuk menyahut. Dalam masa yang sama dia terlupa bahawa kakinya masih melekat di tempat yang sama dan menyebabkan kecederaan pada ligamen lututnya.

                 
gambar : kaki terseliuh                                gambar : kekejangan otot

Strain merupakan kecederaan pada otot atau tendon. Tendon adalah tisu yang menghubungkan tulang dengan otot. Tanda-tanda yang biasa seperti kesakitan, kekejangan otot, kehilangan kekuatan. Agak sukar membezakan strain biasa dan yang teruk kerana kesakitannya hampir sama. Strain biasa berlaku apabila bersenam dimana seseorang mungkin menggunakan beban yang tidak sepatutnya, berlatih dalam keadaan tidak cukup rehat, menggunakan teknik yang salah dan sebagainya. Kebanyakan yang saya lihat, membiarkan sakit berlalu tanpa sebarang tindakan membetulkannya. Apabila rasa sakit hilang, meneruskan kembali latihan. Kecederaan yang berlaku mungkin menyebabkan kecederaan lain. InsyaAllah saya akan cuba olah isu ini lebih lanjut di masa hadapan.

Sunday 22 April 2012

Kecederaan Lutut... aduh.!!!

Antara gejala yang terjadi akibat daripada kecederaan di lutut termasuk rasa kurang selesa ketika melakukan pergerakan tertentu, seperti ketika memusingkan badan sambil berjalan, mencangkung, bersila dan sebagainya. Rasa tak selesa ini kadang-kadang lebih menyerupai rasa sakit yang amat sangat (lain orang, lain impaknya). Hal ini kemungkinan besar diakibatkan oleh rawan meniscus yang koyak samada dibelah kiri ataupun belah kanan lutut tersebut (setiap lutut mempunyai 2 meniscus). Pergerakan yang dilakukan secara spontan atau mengejut, akan menyebabkan kawasan meniscus yang koyak itu terhimpit dan ini akan menyebabkan rasa sakit itu. Kadang-kadang, kawasan yang koyak itu agak besar dan 'terapung' didalam lutut. Akibatnya, ia kadangkala terperangkap diantara tulang-tulang lutut dan ini akan mengakibatkan seseorang itu tak dapat luruskan kakinya.

 


Satu lagi gejala kecederaan sukan di lutut adalah rasa ketidakstabilan. Lutut itu terasa longgar dan jika teruk, kelonggaran itu dapat dilihat. Ini adalah diakibatkan oleh kecederaan pada ligamen yang ada pada lutut. Setiap lutut mempunyai 4 ligamen berasingan yang sama-sama menyumbang kepada kestabilannya: 2 didalam dan 2 diluar lutut. Kecederaan pada mana-mana ligament ini boleh membuatkan lutut kita terasa longgar dan menyebabkan pergerakan menjadi terbatas.

Bagi dua perkara pertama diatas, rawatan selalunya melibatkan pembedahan disebabkan ciri fizikal meniscus dan ligamen yang tidak menggalakkan penyembuhan spontan. Bagi kecederaan ketiga pula, sekiranya tak berapa teruk, sesetengah pakar mengesyorkan ubat glucosamine yang berfungsi untuk meransang penumbuhan semula rawan yang cedera. Selain daripada glucosamine terdapat satu lagi unsur yang  disyorkan iaitu chondroitin. Ini kerana kedua-dua bahan ini merupakan unsur utama rawan dan mereka bertindak saling tolong-menolong. Banyak jenama sekarang ni terdapat dipasaran. 
 

Satu lagi rawatan yang penting adalah fisioterapi. Ia berfungsi untuk menguatkan otot sekeliling lutut disamping mengurang radang didalam lutut dan membantu memulihkan pergerakan. 
Fisioterapi, yang dijalankan oleh ahli fisioterapi, membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya. Dengan tumpuan utama kepada pergerakan terkawal dan seimbang, peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerak yang lebih baik, fisioterapi menyediakan batu asas fizikal yang diperlukan di mana fungsi dan kemandirian lain boleh dibentuk.


Sumber: 
http://boneandjoints.multiply.com/journal/item/5?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem

Tuesday 10 April 2012

Apakah Kecederaan dalam Sukan???

Dalam setiap aktiviti sukan pasti akan berlaku kecederaan. Dalam konteks sukan, kecederaan sukan atau sport injury yang dimaksudkan ialah satu keadaan luka atau kecederaan yang berlaku ke atas otot,tendon, tulang ligemen serta lain-lain tisu yang diperoleh melalui penglibatan aktiviti sukan. Apabila berlakunya kecederaan sukan, ha ini pasti akan memberi kesan terhadap prestasi atlet. Oleh demikian, rawatan-rawatan bantu mula perlu dilakukan sekiranya ingin merawat atau meminimakan kesan kecederaan tersebut. Blog ini akan memberi informasi kepada pembaca tentang jenis, punca dan kesan kecederaan terhadap pengamal sukan secara umumnya serta cara rawatan bantu mula yang bersesuain mengikut kecederaan. Blog ini ditujukan kepada semua pengamal sukan atau sesiapa sahaja yang ingin mengetahui tentang perkara ini. Selain itu, blog ini akan dikemaskinikan setiap dua minggu agar pembaca terus mengikuti perkembangan blog ini. Selamat membaca.. !!!

Contoh-contoh jenis kecederaan :