
Satu lagi gejala kecederaan sukan di lutut adalah rasa ketidakstabilan. Lutut itu terasa longgar dan jika teruk, kelonggaran itu dapat dilihat. Ini adalah diakibatkan oleh kecederaan pada ligamen yang ada pada lutut. Setiap lutut mempunyai 4 ligamen berasingan yang sama-sama menyumbang kepada kestabilannya: 2 didalam dan 2 diluar lutut. Kecederaan pada mana-mana ligament ini boleh membuatkan lutut kita terasa longgar dan menyebabkan pergerakan menjadi terbatas.
Bagi dua perkara pertama diatas, rawatan selalunya melibatkan pembedahan disebabkan ciri fizikal meniscus dan ligamen yang tidak menggalakkan penyembuhan spontan. Bagi kecederaan ketiga pula, sekiranya tak berapa teruk, sesetengah pakar mengesyorkan ubat glucosamine yang berfungsi untuk meransang penumbuhan semula rawan yang cedera. Selain daripada glucosamine terdapat satu lagi unsur yang disyorkan iaitu chondroitin. Ini kerana kedua-dua bahan ini merupakan unsur utama rawan dan mereka bertindak saling tolong-menolong. Banyak jenama sekarang ni terdapat dipasaran.

Satu lagi rawatan yang penting adalah fisioterapi. Ia berfungsi untuk menguatkan otot sekeliling lutut disamping mengurang radang didalam lutut dan membantu memulihkan pergerakan. Fisioterapi, yang dijalankan oleh ahli fisioterapi, membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya. Dengan tumpuan utama kepada pergerakan terkawal dan seimbang, peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerak yang lebih baik, fisioterapi menyediakan batu asas fizikal yang diperlukan di mana fungsi dan kemandirian lain boleh dibentuk.
Sumber:
http://boneandjoints.multiply.com/journal/item/5?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem
wah.!!!!!!! best nye.!!!!!!!!! update selalu la, byk info buleh dapat. :)
ReplyDeletehehehe.. tq.. insyaALLAH akan saya usaha untuk update dari masa ke semasa.. jgn berhenti followup ea..wink2..^^
ReplyDeleteselain drpd medical or operation kita leh jer wat exercise rehab....ianya bnyk membantu...n kdg2 xperlu pun nk operate...
ReplyDeleteyup, betul tu sue operate nie kalau dah tahap kritikal sangat dah.. ^^
ReplyDeleteSalam..saya nk tanya kalo meniscus koyak buley x dye pulih dgn sdiri?
ReplyDelete