Sunday 22 April 2012

Kecederaan Lutut... aduh.!!!

Antara gejala yang terjadi akibat daripada kecederaan di lutut termasuk rasa kurang selesa ketika melakukan pergerakan tertentu, seperti ketika memusingkan badan sambil berjalan, mencangkung, bersila dan sebagainya. Rasa tak selesa ini kadang-kadang lebih menyerupai rasa sakit yang amat sangat (lain orang, lain impaknya). Hal ini kemungkinan besar diakibatkan oleh rawan meniscus yang koyak samada dibelah kiri ataupun belah kanan lutut tersebut (setiap lutut mempunyai 2 meniscus). Pergerakan yang dilakukan secara spontan atau mengejut, akan menyebabkan kawasan meniscus yang koyak itu terhimpit dan ini akan menyebabkan rasa sakit itu. Kadang-kadang, kawasan yang koyak itu agak besar dan 'terapung' didalam lutut. Akibatnya, ia kadangkala terperangkap diantara tulang-tulang lutut dan ini akan mengakibatkan seseorang itu tak dapat luruskan kakinya.

 


Satu lagi gejala kecederaan sukan di lutut adalah rasa ketidakstabilan. Lutut itu terasa longgar dan jika teruk, kelonggaran itu dapat dilihat. Ini adalah diakibatkan oleh kecederaan pada ligamen yang ada pada lutut. Setiap lutut mempunyai 4 ligamen berasingan yang sama-sama menyumbang kepada kestabilannya: 2 didalam dan 2 diluar lutut. Kecederaan pada mana-mana ligament ini boleh membuatkan lutut kita terasa longgar dan menyebabkan pergerakan menjadi terbatas.

Bagi dua perkara pertama diatas, rawatan selalunya melibatkan pembedahan disebabkan ciri fizikal meniscus dan ligamen yang tidak menggalakkan penyembuhan spontan. Bagi kecederaan ketiga pula, sekiranya tak berapa teruk, sesetengah pakar mengesyorkan ubat glucosamine yang berfungsi untuk meransang penumbuhan semula rawan yang cedera. Selain daripada glucosamine terdapat satu lagi unsur yang  disyorkan iaitu chondroitin. Ini kerana kedua-dua bahan ini merupakan unsur utama rawan dan mereka bertindak saling tolong-menolong. Banyak jenama sekarang ni terdapat dipasaran. 
 

Satu lagi rawatan yang penting adalah fisioterapi. Ia berfungsi untuk menguatkan otot sekeliling lutut disamping mengurang radang didalam lutut dan membantu memulihkan pergerakan. 
Fisioterapi, yang dijalankan oleh ahli fisioterapi, membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya. Dengan tumpuan utama kepada pergerakan terkawal dan seimbang, peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerak yang lebih baik, fisioterapi menyediakan batu asas fizikal yang diperlukan di mana fungsi dan kemandirian lain boleh dibentuk.


Sumber: 
http://boneandjoints.multiply.com/journal/item/5?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem

5 comments:

  1. wah.!!!!!!! best nye.!!!!!!!!! update selalu la, byk info buleh dapat. :)

    ReplyDelete
  2. hehehe.. tq.. insyaALLAH akan saya usaha untuk update dari masa ke semasa.. jgn berhenti followup ea..wink2..^^

    ReplyDelete
  3. selain drpd medical or operation kita leh jer wat exercise rehab....ianya bnyk membantu...n kdg2 xperlu pun nk operate...

    ReplyDelete
  4. yup, betul tu sue operate nie kalau dah tahap kritikal sangat dah.. ^^

    ReplyDelete
  5. Salam..saya nk tanya kalo meniscus koyak buley x dye pulih dgn sdiri?

    ReplyDelete